A-Disoal malaikat.
Setelah selesai mayat dikuburkan,Nabi Muhammad S.W.T memerintahkan kepada umat islam yang hadir di perkuburan untuk memohon keampunan dan keteguhan hati kepada Allah untuk mayat itu,kerana kata Nabi Muhammad S.W.T,dia akan ditanya sebagaimana dinyatakan oleh hadis dibawah ini:Usman bin Affan menerangkan:
Ertinya:"Adalah Nabi Muhammad S.W.T apabila telah selesai dari peguburan mayat,beliau berdiri dekat kubur dan berkata :Mohonkanlah ampun bagi saudaramu dan mohonkan pula baginya keteguhan hati,kerana dia akan ditanya.-HR.Abu Daud,Hakim dan Bazar.
Yang akan disoal oleh malaikat kepada mayat itu ialah tentang Nabi Muhammad S.W.T ,sebagaimana dinyatakan oleh hadis dibawah ini :
Ertinya:"Seseorang muslim apabila ditanya di dalam kuburnya,maka ia akan bersaksi,bahawa tiada Tuhan yang wajib disembah melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu adalah utusan Allah .Itulah yang dimaksud dengan firman Allah:Allah meneguhkan orang-orang yang beriman dengan perkataan yang teguh dalam kehidupan didunia dan diakhirat.-HR Bukhari,Muslim dan Shahibus Sunnah.
Orang-orang kafir dan munafik pula akan menjawab:Saya tidak kenal,sebagaimana dinyatakan oleh hadis di bawah ini:
Ertinya:"Bahawasanya seseorang apabila telah diletakkan di dalam kuburnya dan semua orang yang menghantarnya pulang,dan dia mendengar bunyi terompah mereka,akan datanglah kepadanya dua malaikat,lalu mereka dudukan dia,dan bertanya kepadanya:Apa yang kamu ketahui tentang lelaki ini(Nabi Muhammad)?Orang yang beriman akan menjawab:"Saya bersaksikan,bahawa dia adalah hamba Allah dan utusanNya.Nabi berkata,maka kedua malaikat itu lalu berkata:Lihatlah tempat dudukmu di Neraka yang telah digantikan oleh Allah dengan tempat duduk di syurga".maka memperlihatkan keduanya sempurna.Orang kafir dan munafik ketika ditanyakan kepadanya.Apa yang kamu ketahui tentang lelaki ini(Nabi Muhammad)?dia akan menjawab:"Saya tidak kenal dia dan saya hanya mengatakan apa yang dikatakan oleh manusia".Kedua malaikat itu berkata:"Kamu tidak mengenalnya dan tidak pula kamu tanyakan kepada orang yang mengenalnya."Dan dipukullah orang kafir dan munafik itu dengan pemukul dari besi satu pukulan,sehingga dia berteriak satu teriak yang didengar oleh semua makhluk kecuali Jin dan Manusia.
B-Dibela oleh Amal Solehnya dan Disiksa kerana Dosanya
Hal ini dinyatakan oleh hadis yang terjemahannya seperti berikut :
"Sesungguhnya mayat itu apabila telah diletakkan di dalam kuburnya,dia mendengar bunyi terompah orang-orang yang menghantarnya sudah pulang.Jika mayat itu orang yang beriman,maka solatnya diletakkan di arah kepalanya,pusaranya di sebelah kanannya,zakatnya di sebalah kirinya,perbuatan baiknya,seperti sedekah ,mengeratkan hubungan keluarga,perbuatan makruf dan keutamaan,diarah kakinya.Apabila orang yang beriman itu didatangi dari arah kepalanya,amal solatnya akan berkata:Dari arahku ini tidak ada tempat masuk.Kemudian apabila didatangi dari arah kanannya,maka puasanya akan berkata:dari arahku ini juga tiada tempat masuk.Selanjutnya apabila didatangi dari arah kiri,maka zakatnya akan berkata:Dari arahku ini juga tidak ada tempat masuk,akhirnya apabila didatangi dari arah kakinya,maka perbuatan-perbuatan baiknya akan berkata:Dari arahku ini juga tidak ada tempat masuk.-HR Ahmad dan Abi Halim
C-Disiksa kerana dosanya
Hal ini dinyatakan oleh hadis yang terjemahannya yang seperti berikut:
"Pada suatu hari Rasulullah SAW sesudah solat menghadapkan muka kepada kami dan berkata:Siapa di antara kamub yang bermimpinya ,mendengar itu Rasulullah berkata"Masya Allah (beliau kagum).Dalam kesempatan lain terjadi pula hal yang demikian,tetapi tidak seorang pun di antara kami yang bermimpi tadi malam,Aku melihat dua orang lelaki datang kepadaku,kedua orang itu memegang kedua tanganku membawaku keluar ke Bumi Suci.Tiba-tiba aku melihat seorang lelaki sedang duduk dan seorang lelaki sedang berdiri.Di tangannya sebuah alat dari besi.Alat itu dimasukkan ke dalam mulutnya sampai ke lubang kerongkongnya lalu mencabutnya kembali.Demikian dikerjakan berulang-ulang kali oleh kedua orang itu berganti-ganti.Aku bertanya:Siapa orang itu?Kedua orang(malaikat) yang membawaku tidak menjawab,malah aku disuruhnya berjalan terus.
Setelah kami berjalan pula,tiba-tiba aku melihat seorang lelaki yang berbaring telentang dan seorang lelaki yang berdiri dekat kepalanya memegang batu besar.Dengan batu itu dipukulnya kepada lelaki yang berbaring telentang itu sekeras-kerasnya sampai pecah.Sesudah memukul batu digulinkan.Orang yang dipukul itu lalu bangun mengambil batu itu,dan disaat dia bangun itu,kepalanya sudah kembali utuh.Lalu batu itu diberikan kepada pemukul tadi dan kembali pula berbaring.Lalu dipukul kali yang kedua,ketiga dan terus menerus tidak hentinya.Aku bertanya:Siapa orang itu?Kedua malaikat tidak menjawab dan menyuruh aku berjalan terus.
Tiba-tiba kami sampai ke sebuah lubang seperti tungku,paling atas sempit sedan didalamnya lapang di mana dimana dinyalakan api dan dua orang manusia yang sedang dibakar oleh api tersebut.Kerana panasnya,kedua orang itu terangkat keatas hampir keluar dari lubang itu.Tetapi api itu tiba-tiba padam,sehingga keluar dua orang itu kembali jatuh ke dalam lubang itu.Kembali api menyala dan terbakar.Begitulah seterusnya.Aku bertanya:Siapa orang itu?Kedua malaikat tidak menjawab dan menyuruh berjalan terus.
Tiba -tiba kami sampai kev sebuah sungai dari darah.Aku lihat seorang lelaki dan seorang lelaki yang lainnya di tengahnya sungai itu.Ditangan lelaki pertama ada batu.Lelaki yang ada di didalam sungai menghadapkan mukanya kepada lelaki yang pertama itu,dia ingin keluar dari sungai itu,tiba-tiba lelaki pertama melemparnya dengan batu tadi sehingga lelaki kedua itu terjatuh kembali ke tengah sungai.Begitulah terjadi berulang-ulang.Aku bertanya:Siapa orang itu?Kedua malaikat tidak menjawab dan menyuruh berjalan terus.
Tiba-tiba aku sampai di sebuah taman yang hijau di tengahnya berdiri sebatang kayu yang besar.Di bawah kayu itu ada seorang tua dan beberapa anak-anak.Ada seorang lelaki yang berada berdekatan kayu itu menyalakan api di depannya.Kedua orang(malaikat) yan membawa saya lalu naik keatas kayu itu.Keduanya membawa aku kemudiannya keduanya memasuki sebuah gedung yang amat indah yang belum aku gedung seindah itu.Di dalam gedung itu ada orang-orang yang sudah tua dan orang-orang yang masih muda,aku dibawa naik lagi.Tiba-tiba aku memasuki gedung yang lebih indah lagi.Ketika itu aku bertanya kepada kedua lelaki yang membawa aku itu:Kamu sudah membawa saya mengembara jauh malam ini,terangkanlah kepadaku apa yang sudah aku lihat itu.Keduanya menjawab:Baiklah.
Orang yang kamu lihat
Demikianlh Rasulullah SAW menerangkan mimpi beliau.Menurut Ibnu Qayyim,semua para Nabi dan Rasul adalah Wahyu .Mimpi Rasulullah adalah nas (keterangan atau wahyu Allah) tentang kehidupan roh manusia di alam barzah(di dalam kubur).Kesemua adalah perumpamaan belaka,perumpamaan yang tidak sama seratus peratus dengan yang sebenarnya nanti.Kerana tidak ada cara menerangkan alam ghaib kecuali dengan perumpamaan berbanding dengan keyataan yang sudah dialami dalam kehidupan dunia ini.